Perdana Menteri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia, Durian Tunggal, hari ini.HANG TUAH JAYA: Pelaburan Google bernilai USD15 bilion (RM61.1 bilion) di Malaysia mencerminkan keyakinan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) itu terhadap kestabilan politik dan kejelasan dasar ekonomi negara, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri menyifatkan keputusan Google melabur di Malaysia sebagai hadiah besar buat negara berikutan hala tuju pembangunan industri serta kestabilan pentadbiran.
"Antara kekuatan Malaysia ialah negara ini mempunyai kestabilan politik. Tidak kucar-kacir. Memang ada sedikit rungutan, tetapi itu perkara biasa," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2026 di Universiti Teknikal Malaysia, Durian Tunggal.









