Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad, berkata pihak berkuasa turut rampas getah paip yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Tiga individu termasuk lelaki dan dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut, di sebuah rumah di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad, berkata suspek berusia 28 hingga 34 tahun itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an.

“Hari ini, polis menerima laporan berkenaan satu video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia 60-an didapati didera oleh beberapa individu dan telah meninggal dunia semalam.