Semalam, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan berkata, perkiraan politik dibuat berlandaskan faktor dosa dan pahala berbanding orang bukan Islam yang didakwanya ‘zalim’.PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PAS Hadi Awang berhubung pemimpin bukan Islam dipetik di luar konteks sehingga mengelirukan masyarakat, menurut pejabatnya.

Pejabat Presiden PAS berkata, ucapan asal Hadi bertujuan menjelaskan politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala yang membawa kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

“Pihak kami kesal dengan naratif pemberitaan yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan menolak sebarang sentimen perkauman yang cuba dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan.