PM Anwar Ibrahim berkata, Malaysia belum terima permintaan rasmi daripada Singapura, AS berhubung siasatan terhadap isu Nvidia-Megaspeed.KUALA LUMPUR: Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tiada sebarang petunjuk tentang perkara itu (setakat ini),” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara itu.

Anwar turut berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani telah memberikan laporan mengenai perkara itu pagi ini.

"Kami akan bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah, di Brickfields.