SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan persetujuan supaya Parlimen dibubarkan dan mandat pemerintahan dikembalikan kepada rakyat seperti pernah disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Asyraf Wajdi berkata, beliau bersetuju dengan pendirian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membubarkan Parlimen sekiranya kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan tidak lagi dapat dipertahankan."Setuju dengan PMX, lebih baik bubar dan serah kembali mandat pada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Hantaran tersebut merujuk kenyataan Anwar ketika Konvensyen PH 2026 pada Mei lalu yang memberi bayangan kesediaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya ada pihak tidak lagi mahu meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.Ketika itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau tidak gentar dengan sebarang ugutan dan bersedia memulangkan mandat kepada rakyat sekiranya kerjasama politik yang dibentuk tidak lagi dapat dipertahankan."Kita tak makan ugutan, tidak gentar, penjara sudah, ini pula nak ditakutkan oleh budak-budak, tidak mungkin. No way."Jadi kalau betul sudah penat dengan Kerajaan Perpaduan, kita kembalikan kepada rakyat bukan sahaja di Johor, tetapi seluruh negara, ini semangat reformasi," katanya ketika menyampaikan amanat Pengerusi PH semasa konvensyen berkenaan di Johor, 17 Mei lalu.Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyuarakan pandangan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat menentukan mandat baharu.Pada 10 November lalu, Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, langkah berkenaan lebih wajar berbanding melakukan rombakan Kabinet ketika ini.
Setuju bubar Parlimen, Asyraf Wajdi 'pulangkan' kenyataan Anwar

Key takeaways
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bersetuju dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen dan mengembalikan mandat kepada rakyat. Pendapat ini dinyatakan menerusi hantaran Facebook pada Jumaat, merujuk kenyataan Anwar semasa Konvensyen PH 2026.
- Asyraf Wajdi menyatakan persetujuan membubarkan Parlimen menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.
- Kenyataan Anwar dirujuk daripada Konvensyen PH 2026 yang berlangsung pada 17 Mei lalu di Johor.
- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menyuarakan pandangan sama sebelum ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Denda sudah dibayar, kenapa tangguh - Asyraf Wajdi
- Utusan Malaysia Mohd. Amar setuju saranan bubar Parlimen
- Sinar Harian Setuju bubar Parlimen, Asyraf Wajdi 'pulangkan' kenyataan Anwar (this story)








