KUALA LUMPUR – Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan aplikasi Grab Malaysia, termasuk berkaitan ketelusan pendapatan, pengurusan operasi dan komunikasi bagi menjaga kebajikan rakan pemandu serta penghantar.Cadangan itu dibangkitkan dalam pertemuan selama empat jam antara PRGM dengan pihak pengurusan Grab Malaysia pada Khamis, bagi membincangkan maklum balas serta isu yang dihadapi komuniti Rakan Grab di seluruh negara.PRGM yang mewakili kira-kira 20,000 ahli berkata, pertemuan berkenaan turut memberi tumpuan kepada syor yang dikemukakan Tribunal Pekerja Gig baru-baru ini.Menurut kenyataan itu, PRGM memahami dan menghargai peranan Grab sebagai platform yang menghubungkan Rakan Grab melibatkan pemandu, penghantar serta peniaga dengan pengguna dan pelanggan."Hakikat yang sering terlepas pandang oleh sesetengah pihak ialah Grab berfungsi sebagai jambatan perkhidmatan, manakala pendapatan Rakan Grab dijana secara langsung daripada pengguna yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan," kata kenyataan itu pada Jumaat.Sehubungan itu, pelbagai maklum balas di lapangan telah dikumpulkan dan dikemukakan sebagai cadangan penambahbaikan aplikasi.Menurut persatuan itu, antara perkara yang dibincangkan termasuk pengurusan ciri Auto Accept, paparan harga secara pilihan (opt-in) serta pengurusan waktu rehat ketika pemandu menerima tugasan berturut-turut (streak)."PRGM turut mencadangkan supaya tempoh Pause diambil kira sebagai waktu rehat rasmi bagi memastikan pengurusan masa kerja rakan pemandu lebih teratur," kata kenyataan itu lagi.Selain itu, persatuan berkenaan turut meminta penjelasan lanjut mengenai Kuota Pembatalan (Cancellation Quota) dan penalti No-Show sekiranya penumpang gagal hadir di lokasi pengambilan.Cadangan lain termasuk memaparkan kategori perkhidmatan seperti Standard, 6-Seater, Plus atau Premium dengan lebih jelas menerusi ciri pembatalan pantas percuma (Free Fast Featured Cancel atau FFFC) sebelum tempahan diterima.PRGM turut menggesa Grab menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami dalam penyampaian maklumat menerusi aplikasi, khususnya bagi mengurangkan kekeliruan akibat penggunaan istilah teknikal.Dalam pada itu, PRGM berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa sebahagian besar ciri yang disyorkan tribunal telah ditambah baik oleh Grab.Antara penambahbaikan tersebut ialah paparan selama 10 saat yang membolehkan kadar tambang, lokasi pengambilan dan destinasi dipaparkan secara serentak kepada rakan pemandu.Berhubung isu Bayaran Servis Grab (Grab Service Fee atau GSF), PRGM berkata, pihak Grab sedang memperhalusi ciri berkenaan bagi meningkatkan kefahaman pemandu terhadap struktur dan kaedah pengiraan bayaran.Pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat dalam masa terdekat.PRGM turut menyambut baik kesediaan Grab Malaysia mengadakan sesi libat urus secara berkala bagi mendengar pandangan serta keluhan komuniti rakan pemandu dan penghantar.Menurut persatuan itu, pendekatan berke
PRGM kemuka cadangan penambahbaikan aplikasi Grab

Key takeaways
PRGM mengemukakan cadangan penambahbaikan aplikasi Grab, termasuk ketelusan pendapatan dan pengurusan waktu rehat pemandu.
- PRGM mewakili kira-kira 20,000 ahli dan mengemukakan cadangan penambahbaikan aplikasi Grab.
- Cadangan termasuk pengurusan ciri Auto Accept dan paparan harga secara pilihan.
- PRGM mencadangkan tempoh Pause dianggap sebagai waktu rehat rasmi bagi pemandu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lee kemuka 6 cadangan atasi banjir kilat di KL
- Sinar Harian PRGM kemuka cadangan penambahbaikan aplikasi Grab (this story)









