Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye gesa pihak berkuasa perkukuh sistem amaran awal, penyelarasan tindak balas kecemasan untuk lindungi pengguna jalan raya, pejalan kaki dan komuniti di kawasan kerap dilanda banjir. (Gambar EPA Iamges)KUALA LUMPUR: Enam langkah termasuk audit menyeluruh dan menaik taraf rangkaian sistem perparitan Kuala Lumpur, penguatkuasaan lebih ketat terhadap kegiatan pembinaan serta pelaburan dalam kemudahan takungan banjir dicadangkan bagi menangani banjir kilat yang kerap berulang di ibu negara.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye berkata, langkah tersebut penting bagi memperkukuh sistem tebatan banjir di ibu kota dan menangani kelemahan utama dalam infrastruktur salirannya.









