Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, yang juga pengerusi BN, kini berada di Turki bagi lawatan kerja 4 hari yang berakhir hari ini (Gambar Facebook)ISTANBUL: Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam kerajaan perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi.

Beliau berkata, hubungan kerja antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan kekal baik, dengan urusan pentadbiran kementerian serta mesyuarat Jemaah Menteri berjalan lancar secara profesional.

“Tiada permasalahan dari segi hubungan. Kami mengendalikan kementerian dan mengadakan mesyuarat Kabinet setiap minggu," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang bersempena dengan lawatan kerja empat hari ke Turki yang berakhir hari ini.