IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Taman Suria dekat Taiping, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa berusia 20 tahun mandi bersama empat rakannya di kawasan air terjun berkenaan.
Beliau berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian sejauh tiga kilometer (km) selepas menerima panggilan pada 2.10 petang.
"Jarak perjalanan ke lokasi dianggarkan tiga km untuk sampai ke check point dan satu km untuk sampai ke lokasi air terjun dengan melalui laluan lereng bukit.









