Ahli MKT Umno, Shamsul Anuar Nasarah, mengingatkan Amanah bahawa Umno menjalin kerjasama untuk membentuk kerajaan sekarang kerana menjunjung titah Agong.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno membidas Amanah dan menyeru parti itu supaya 'cermin diri' sebelum menuduh orang lain tiada harga diri kerana menjalin kerjasama politik.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Shamsul Anuar Nasarah, mengingatkan Amanah bahawa Umno menjalin kerjasama untuk membentuk kerajaan sekarang kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.
"Dalam politik, kerjasama bukan bermakna hilang maruah. Politik ialah soal prinsip, kepentingan rakyat dan kestabilan negara," katanya di Facebook.
"Yang tiada harga diri ialah mereka yang hanya pandai menghina orang lain tetapi gagal menghormati perbezaan pendirian."








