Ampang: "Dia (Cico) dah tak ada," demikian kata artis veteran Uji Rashid sambil menangis kepada rakannya Datin Norizan Yeob sebaik jenazah anaknya ini dibawa ke Surau Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa sekitar jam 4 petang tadi.
Uji kemudian dilihat dipeluk oleh balu Allahyarham Datuk S Atan ini untuk ditenangkan.
Izan ditemui berkata, Uji hanya berlakon kuat tetapi dalaman sebenarnya sudah rapuh berdepan situasi kehilangan anak lelaki kesayangannya ini.
Jenazah Cico tiba dari Hospital Ampang di surau terbabit dan disambut oleh ramai rakan artis antaranya pelakon AR Badul, pengarah Aziz M Osman, Rozita Rohaizad, Mak Jah dan ramai lagi.










