Jenama barang kemas terkemuka tempatan, HABIB terus mengukuhkan legasinya menerusi pembukaan butik terbaharunya di 118 Mall, mercu tanda ikonik yang terletak di menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato' Seri Meer Habib berkata, pembukaan cawangan di mercu tanda kebanggaan negara ini amat bermakna memandangkan perjalanan HABIB bermula sejak 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Sebagai jenama anak tempatan yang sudah lama bersama rakyat Malaysia, kami amat menghargai setiap perjalanan ini," katanya.

"Kami yakin pusat beli-belah ini bakal menjadi tumpuan ramai kerana menghimpunkan pelbagai latar budaya serta menawarkan pelbagai tarikan yang menarik," katanya ketika majlis perasmian cawangan terbaru HABIB di 118 Mall, Khamis lalu.