MOSCOW: Sebanyak 18 pantai di Kent, Britain ditutup susulan tumpahan minyak daripada sumber yang tidak dikenal pasti, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar The Sun.

Pantai berkenaan ditutup selepas mendapan minyak yang banyak ditemukan di sepanjang pesisir pantai di hujung timur Kent, menurut akhbar itu.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran berkenaan, menurut laporan itu.

Sepanjang tempoh penutupan pantai, penduduk setempat dilaporkan dinasihatkan supaya mengelak daripada berjalan di kawasan berkenaan. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI