KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd sedang meneroka peluang untuk menyertai projek pembangunan Yadanapon Cyber City di Myanmar, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kerjasama strategik dan kehadirannya di pasaran serantau.
Syarikat penyedia penyelesaian teknologi itu berkata, projek berkenaan berpotensi membuka ruang kepada penggunaan kepakarannya dalam bidang infrastruktur digital, integrasi sistem dan penyelesaian teknologi kerajaan bagi menyokong agenda pembangunan digital Myanmar.
Minat terhadap projek itu susulan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkepentingan di Myanmar, termasuk Diamond Palace Group of Companies pada 2024, sebelum disambung semula pada September dan Oktober tahun ini.









