KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memperkenalkan varian S70 RS yang tampil lebih garang dan sporty menerusi penambahbaikan menyeluruh pada reka bentuk, kabin, prestasi, keselamatan serta teknologi sambungan digital.
Penambahbaikan bernilai RM15,000 itu menyaksikan S70 RS menerima pendekatan reka bentuk lebih dinamik, dengan gril hadapan dan bampar baharu yang menyerlahkan karakter sportynya.
Antara perubahan paling ketara ialah rim aloi gelap 17 inci, angkup brek merah, bumbung hitam Quartz serta pemegang pintu dan cermin sisi dalam warna sama.
Spoiler belakang dan skirt sisi eksklusif turut memperkukuh penampilan agresif sedan itu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak1_213797.png&w=480&output=webp&q=85&we)
