PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan syarat minimum lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke program pengajian perubatan di institut pendidikan tinggi swasta (IPTS), seperti syarat sebelum pindaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya, lulusan UEC yang memenuhi syarat minimum B4 dalam lima mata pelajaran ditetapkan kekal layak memohon kemasukan terus ke program ijazah perubatan di IPTS.

"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mencapai satu ketetapan iaitu mengekalkan syarat minimum kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu ataupun UEC ke program pengajian perubatan sepertimana syarat sebelum pindaan.