JOHOR BAHRU: "Ramai hairan melihat kebolehan saya membaiki motosikal dengan hanya bergantung kepada sebelah tangan saja dan beranggapan memang lahir sebegini," kata mekanik, Samsul Aripin Sadip.

Hakikatnya, Samsul Aripin, 32, dari Kota Tinggi bangkit semula selepas kehilangan tangan kanan akibat kemalangan motosikal pada 2019.

Ketika itu, beliau sedang uji pandu motosikal pelanggan sebuah bengkel dari Sungai Danga hingga Puteri Harbour sebelum motosikal ditunggang terbabas serta merempuh pembahagi jalan.

Katanya, kecederaan parah tangan kiri menyebabkan doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) terpaksa melakukan pembedahan dan memotong tangannya demi menyelamatkan nyawanya.