Umno menubuhkan tabung mengumpul dana bagi membayar denda RM50 juta dikenakan terhadap Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.PETALING JAYA: Isu tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak mungkin membantu Umno pada PRN Melaka, Sabtu ini namun belum tentu memberi kesan sama di negeri lain, kata penganalisis.

Mereka berpandangan perkembangan itu lebih cenderung menggerakkan penyokong lama untuk mengundi Barisan Nasional (BN) berbanding menarik pengundi baharu menjelang PRU16.

Tawfik Yaakub berkata Najib diakui masih mempunyai pengaruh yang mungkin memberi momentum untuk Umno di Melaka seperti dinyatakan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun menurut ahli akademik dari Universiti Malaya itu, momentum berkenaan mungkin tidak berterusan pada PRU16 kerana keberkesanannya bergantung demografi dan budaya politik setiap negeri.