SEREMBAN – Tiga individu termasuk dua wanita yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang dipercayai dipukul sehingga meninggal dunia pada 4 November lalu disambung reman enam hari lagi

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, perintah reman tiga suspek berusia 28 hingga 34 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa tamat hari ini dan pihak polis membuat permohonan reman baharu untuk melengkapkan siasatan.

“Perintah reman tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang ditahan pada 5 November lalu dibenarkan enam hari lagi di Mahkamah Majistret Seremban bermula hari ini sehingga 18 November depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.