BUKIT MERTAJAM – Empat warga Pakistan termasuk dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh, Selasa lalu.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh di Mahkamah Bukit Mertajam, di sini hari ini, sehingga 17 November ini.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Difahamkan, kesemua mereka ditahan menerusi dua serbuan berasingan di ibu negara bermula petang semalam hingga awal pagi tadi.








