Damansara Damai: Berbaki seminggu lagi berlangsungnya acara kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) pada 21 November ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semakin lega dengan jumlah penajaan diterima.
Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac berkata, pihaknya berbangga kerana berjaya memperoleh banyak penajaan daripada pihak berminat untuk bersama menjayakan temasya berprestij bagi meraikan penggiat seni dan karya filem terbaik Malaysia.
"Sebenarnya susah untuk mendapatkan penaja utama bagi penganjuran FFM pada tahun-tahun sebelum ini. Tetapi, kenapa FFM35 kali ini FINAS terima banyak 'sponsor' kerana mengambil kira pembaikan dilakukan daripada penganjuran FFM, terdahulu.
"Rating (tontonan) tahun lalu telah naik sangat tinggi, dan juga kualiti penerbitan pada malam kemuncak anugerah adalah satu kejayaan hebat bagi kita, termasuk maklum balas diterima daripada industri sangat bagus tentang FFM34 lalu.









