SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor di Bangunan Parlimen dalam usaha menangani masalah banjir berulang di negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata mesyuarat khas itu memberi penekanan pada empat tindakan utama merangkumi pengukuhan sistem amaran awal bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan peningkatan penyelarasan pengurusan bencana oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor.
Dua lagi tindakan utama membabitkan penyelesaian masalah banjir kilat menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan penelitian amalan terbaik pengurusan banjir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Ffe6d996068697bfdf9f93c86847e5b88.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)