ALOR GAJAH: Master Tec Group Bhd mencatatkan keuntungan selepas cukai suku tahunan tertinggi sejak penyenaraian sebanyak RM10.49 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2026, disokong hasil RM199.85 juta.
Master Tec dalam satu kenyataan berkata, keuntungan selepas cukai meningkat 21.28 peratus daripada RM8.65 juta pada suku sebelumnya, sekali gus menandakan pertumbuhan keuntungan bagi dua suku berturut-turut.
Hasil suku ketiga pula meningkat 42.25 peratus daripada RM140.50 juta pada suku kedua, manakala keuntungan sebelum cukai bertambah 21.53 peratus kepada RM14.01 juta.
Berbanding suku sama tahun sebelumnya, hasil melonjak 72.53 peratus daripada RM115.83 juta, manakala keuntungan selepas cukai meningkat 27.46 peratus daripada RM8.23 juta.









