HANG TUAH JAYA: Persiapan dan maklum balas diterima calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini berjalan baik tanpa sebarang insiden membimbangkan.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara perkembangan yang diteliti dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan petang tadi.

Katanya, mesyuarat yang dihadiri pimpinan parti itu turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan semasa di Melaka selain meneliti persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Dari segi persiapan dan maklum balas yang kita telah terima berkenaan calon-calon kita di PRN Melaka, setakat ini semua berjalan dengan baik.