KOTA BHARU: Polis Marin menahan 73 pendatang tanpa izin daripada pelbagai negara menerusi beberapa siri operasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Komander Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal, berkata warga asing berkenaan disiasat atas kesalahan imigresen dan pemerdagangan manusia.
"Sejak awal tahun ini, Polis Marin Wilayah Tiga merekodkan 20 kes mengikut Akta Imigresen.
"Satu lagi kes direkodkan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 susulan penahanan 73 pendatang tanpa izin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.








