Andorra la Vella: Penjaga gol FC Andorra, Jesus Owono masih belum membuat keputusan sama ada mahu kembali beraksi selepas terbabit dalam insiden yang mengorbankan penyerang Tenerife, Jesus de Miguel pada 3 November lalu.
Pengurus pasukan, Carles Manso berkata, pihak kelab memberi ruang sepenuhnya kepada penjaga gol Equatorial Guinea itu untuk menentukan masa depan kariernya selepas insiden tragis berkenaan.
Owono terbabit dalam pertembungan dengan De Miguel ketika perlawanan berlangsung minggu lalu sebelum penyerang berusia 30 tahun itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya.
Penjaga gol itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan menerusi FC Andorra dengan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai 'hari paling sukar dalam hidupnya'.








