Kangar: Pelancong dan usahawan tempatan yang mahu merentasi sempadan Malaysia-Thailand melalui negeri ini dinasihatkan berwaspada serta mendapatkan maklum balas keselamatan susulan letupan bom di Satun, semalam.
Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, kerajaan negeri ketika ini masih menunggu laporan rasmi dan gambaran sebenar daripada pihak keselamatan berhubung situasi semasa di kawasan sempadan berkenaan.
Katanya, orang ramai yang ingin berkunjung ke negara jiran itu perlu mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
"Saya menasihati mana-mana usahawan kita atau pelancong dari Malaysia yang masuk ke Thailand melalui Perlis supaya mendapatkan nasihat daripada unit keselamatan terlebih dulu berhubung sebarang perkembangan di sempadan.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F10%2Fbe548f8e8c52d9d6192fe70c5f18cf7a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)