Seremban: Tiga individu termasuk dua wanita yang ditahan kerana disyaki mendera lelaki warga emas sehingga meninggal dunia minggu lalu, disambung reman enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, perintah reman terdahulu sudah tamat hari ini, dan pihaknya membuat permohonan baharu bagi melengkapkan siasatan.

"Susulan kes membabitkan seorang warga emas maut yang mana video mangsa didera tular baru-baru ini, tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua wanita berusia 28 hingga 34 tahun sudah ditahan pada 5 November lalu dan direman selama tujuh hari bermula 6 November dan tamat pada hari ini.

"Pihak polis membuat permohonan untuk sambung reman ketiga-tiga suspek di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini bagi melengkapkan siasatan.