Seorang pekerja kedai emas berdepan detik cemas apabila dua lelaki bersenjatakan parang mengugutnya sebelum melarikan tiga dulang gelang tangan emas bernilai kira-kira RM300,000 dalam kejadian samun di Batu Enam, di sini hari ini.
Key takeaways
Dua suspek bersenjata parang merogol tiga dulang gelang emas bernilai kira-kira RM300,000 dari sebuah kedai di Batu Enam, Kuala Nerus, hari ini. Kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.40 pagi apabila suspek mengugut seorang pekerja untuk membuka tempat penyimpanan barang kemas.
- Suspek memakai topi keledar jenis full face dan mengacukan parang kepada mangsa.
- Mangsa, Juliana Zakaria, 31, baru empat hari bekerja secara sambilan di kedai tersebut.
- Kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.40 pagi di kawasan Batu Enam, Kuala Nerus.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA NERUS: Seorang pekerja kedai emas berdepan detik cemas apabila dua lelaki bersenjatakan parang mengugutnya sebelum melarikan tiga dulang gelang tangan emas bernilai kira-kira RM300,000 dalam kejadian samun di Batu Enam, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar jenis full face bertindak mengugut pekerja berkenaan sebelum mengarahkannya membuka tempat penyimpanan barang kemas.
Pekerja kedai emas berkenaan, Juliana Zakaria, 31, berkata, ketika kejadian dia sedang melayan seorang pelanggan sebelum didatangi dua lelaki terbabit.
Menurutnya, dia yang terkejut dengan tindakan suspek hanya mampu mengikut arahan mereka kerana bimbang keselamatan diri.