Kuala Terengganu: Polis memburu dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai emas di Batu 6, di sini, pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada 10.46 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada dua suspek dipercayai berbangsa Melayu memegang sebilah parang ketika meluru masuk ke dalam kedai terbabit.

Beliau berkata, kejadian berlaku dengan pantas tidak sampai satu minit dan ketika kejadian empat pekerja sedang bertugas di dalam kedai berkenaan.