KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu terbabit kes dadah.
Perintah tahanan reman lima hari sehingga Isnin terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Gua Musang, pagi tadi.
Terdahulu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 4 petang semalam di salah sebuah restoran di sekitar Kelantan.
Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta rasuah RM2,000 daripada individu terbabit dan menerima RM1,000 secara tunai.









