GUA MUSANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan telah menahan reman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam kes dadah.Perintah reman selama lima hari terhadap suspek bermula Khamis hingga 16 November dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini, selepas permohonan dikemukakan SPRM.Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Rabu di sebuah restoran sekitar Kelantan.Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,000 daripada individu terbabit dan telah menerima RM1,000 secara tunai.Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Syamsul Osman, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM reman anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM2,000

Key takeaways
SPRM Kelantan menahan seorang anggota polis kerana disyaki menerima rasuah RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu dalam kes dadah.
- Suspek ditahan di sebuah restoran di Kelantan pada Rabu.
- SPRM mengeluarkan perintah reman selama lima hari untuk suspek.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian SPRM reman anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM2,000 (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F2523424234234_114134.png&w=480&output=webp&q=85&we)


