Sumber SPRM berkata suspek dipercayai melakukan kegiatan itu untuk membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik seluruh Semenanjung bernilai kira-kira RM95 juta.PETALING JAYA: Seorang bekas kakitangan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai melakukan kegiatan itu untuk membantu mendapatkan projek penyelenggaraan jalan di pencawang elektrik seluruh Semenanjung bernilai kira-kira RM95 juta.

Dia disyaki meminta dan menerima rasuah terbabit daripada seorang pengarah syarikat kontraktor.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.