Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad menunjukkan bagasi diubah suai untuk menyembunyikan syabu. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 9.238kg dadah disyaki syabu bernilai RM476,180 ke Indonesia melalui Terminal Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, dua hari lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata seorang warga Indonesia berusia 20-an dipercayai keldai dadah ditahan ketika membawa sebuah bagasi hitam bersaiz sederhana di terminal itu pada 9.30 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan menemui ruang penyimpanan diubah suai yang digunakan untuk menyembunyikan enam bungkusan syabu kira-kira 5kg bersama pakaian.
"Susulan penahanan itu, kita menjalankan pemeriksaan di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur, iaitu penginapan suspek selepas tiba di Malaysia pada 4 Nov lalu dan menemui satu lagi bagasi mengandungi kira-kira 4.238kg syabu.









