Ilham Centre berkata kerjasama di belakang tabir tanpa mesej politik jelas menyebabkan penyokong PH dan Bersatu terus berpegang kepada kesetiaan parti masing-masing.
Key takeaways
Ilham Centre menilai kerjasama CSA antara PH dan Bersatu bersifat 'malu-malu', menyebabkan pengundi tidak memahami maksudnya dan gagal menyatukan undi. Ia menyeru pakatan rasmi dan kesepakatan calon, kerusi, naratif serta mobilisasi jentera.
- CSA ditandatangani pada 29 Okt dengan 13 Ahli Parlimen, termasuk enam Bersatu dan Syed Saddiq.
- Perjanjian menyokong Belanjawan 2027 dan reformasi institusi, serta peruntukan pembangunan kawasan setara.
- Ilham Centre menegaskan perlunya kesepakatan jelas bagi mengelakkan kerjasama menjadi persefahaman elit.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
lham Centre berpandangan PH dan Bersatu perlu memuktamadkan pakatan pilihan raya secara rasmi jika mahu menjadikan kerjasama itu strategi menghadapi BN dan PN.PETALING JAYA: Kerjasama kerajaan serta Bersatu menerusi perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dilihat gagal membentuk persefahaman politik dalam kalangan pengundi Pakatan Harapan (PH) dan parti itu pada PRN Melaka, menurut Ilham Centre.
Badan pemikir itu berkata, kerjasama di belakang tabir tanpa hubungan politik secara terbuka menyebabkan hala tuju kesepakatan kedua-dua pihak tidak difahami akar umbi.
"Pendekatan kerjasama secara 'malu-malu' ini mewujudkan ketaksaan (kekaburan) dalam kalangan pengundi fence sitter (berkecuali) yang tidak dapat mengenal pasti hubungan sebenar antara kedua-dua entiti politik."