SEREMBAN - Cubaan kali pertama seorang graduan warga Indonesia menyeludup lebih 5 kilogram (kg) syabu dari negara ini melalui Terminal Pelepasan Jeti Penumpang Port Dickson gagal apabila berjaya dikesan pihak berkuasa.Suspek lelaki berusia 20-an yang berasal dari Acheh itu dipercayai bertindak sebagai keldai dadah selepas dijanjikan upah sebanyak 30 juta rupiah (RM6,725) sekiranya berjaya menghantar bekalan berkenaan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek ditahan pada 11 November lalu, jam 9.45 selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan."Suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang membawa sebuah bagasi dan dipercayai dalam perjalanan untuk pulang ke Tanjung Balai, Indonesia."Hasil pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa oleh suspek telah membawa kepada penemuan enam bungkusan plastik berisi dadah disyaki syabu seberat 5.098kg dengan anggaran nilai RM260,780," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Menurutnya, dadah tersebut telah disembunyikan di sebalik bagasi berkenaan yang telah diubah suai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.Jelas beliau, pemeriksaan lanjut mendapati, suspek telah masuk ke negara ini pada 4 November lalu melalui Jeti Penumpang Port Dickson dari Tanjung Balai, Indonesia selepas tertarik dengan tawaran gaji lumayan sebagai keldai dadah."Suspek ini baru saja menamatkan pengajian di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Indonesia dalam jurusan Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab."Melalui carian di media sosial, dia ditawarkan pekerjaan di Malaysia oleh seorang lelaki Indonesia sama ada bekerja di restoran atau pun menanggung risiko membawa dadah ke Indonesia dengan bayaran upah sebanyak RM30 juta rupiah," katanya.Tambahnya, sepanjang berada di negara ini, suspek telah tinggal di bilik sewa di sebuah kondominium Cheras, Kuala Lumpur.Susulan itu kata Alzafny, pemeriksaan telah dilakukan di unit kondominium tersebut dan telah menemukan sebuah lagi bagasi yang mengandungi enam bungkusan plastik berisi dadah juga disyaki syabu seberat 4.14kg dengan anggaran nilai RM215,400."Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang mengenal pasti lelaki Indonesia yang mengarahkan suspek menyeludup dadah ke negaranya."Secara keseluruhannya, sebanyak 9.238kg syabu telah dirampas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM476,180," katanya.Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Gelap mata upah RM6,000, graduan IPT ditahan cuba seludup dadah ke Indonesia

Key takeaways
Seorang graduan Indonesia ditangkap pada 11 November kerana gagal menyeludup 5.098kg syabu melalui Terminal Pelepasan Jeti Port Dickson. Suspek berusia 20-an dijanjikan upah 30 juta rupiah (RM6,725) dan berkemungkinan pulang ke Tanjung Balai.
- Suspek membawa enam bungkusan plastik berisi syabu seberat 5.098kg, nilai RM260,780.
- Dia masuk ke Malaysia pada 4 November melalui Jeti Penumpang Port Dickson dari Tanjung Balai.
- Graduan IPT jurusan Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab terlibat dalam percubaan seludup dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia IPT perlu lahirkan graduan penuhi permintaan teknologi tinggi
- Sinar Harian Gelap mata upah RM6,000, graduan IPT ditahan cuba seludup dadah ke Indonesia (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)