KUALA LUMPUR – Sebanyak 64,100 liter diesel bernilai RM439,085 yang dipercayai diseleweng dirampas, manakala empat individu termasuk seorang warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah premis perindustrian di Kedah, Rabu lalu.Serbuan kira-kira 11.30 malam itu dilaksanakan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah.Komander WCB/PSK Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, mereka yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pemandu lori, pekerja serta pemilik premis."Pemeriksaan lanjut di lokasi telah membawa kepada rampasan pelbagai peralatan dan kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Zaki Ashar berkata, rampasan termasuk dua lori tangki yang masing-masing mengandungi kira-kira 4,500 liter dan 14,000 liter diesel; tiga tangki jenis skid tank yang masing-masing mengandungi kira-kira 18,000 liter, 13,000 liter dan 14,000 liter diesel; serta sebuah tong IBC yang mengandungi kira-kira 600 liter bahan api itu."Selain itu, polis turut merampas dua alat penyedut minyak, dua alat penyedut bermeter, tiga telefon bimbit serta beberapa peralatan dan kunci kenderaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan," katanya.Mohd Zaki berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk komponen berkaitan dianggarkan RM1,074,585."Keemua individu yang ditahan bersama kenderaan, diesel dan peralatan yang dirampas telah diserahkan kepada KPDN Kedah serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan siasatan lanjut."Siasatan juga akan memberi tumpuan kepada penglibatan setiap individu yang ditahan serta mengenal pasti kemungkinan wujudnya rangkaian atau pihak lain yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penyelewengan tersebut," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63."Kita akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan melalui risikan, pemantauan dan operasi bersepadu bagi membanteras penyelewengan serta penyalahgunaan barang kawalan," katanya.
64,100 liter diesel diseleweng bernilai RM439,085 dirampas

Key takeaways
64,100 liter diesel bernilai RM439,085 dirampas dalam serbuan di Kedah, manakala empat individu ditahan.
- Serbuan dilakukan oleh WCB/PSK dengan kerjasama KPDN Kedah.
- Rampasan termasuk dua lori tangki dan tiga tangki diesel.
- Empat individu ditahan, termasuk seorang warga asing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 64,100 liter diesel diseleweng bernilai RM439,085 dirampas (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)