PUTRAJAYA – Keadilan dan kezaliman seseorang pemimpin tidak seharusnya dinilai berdasarkan agama atau bangsa, sebaliknya perlu diukur menerusi integriti, amanah serta keupayaan mentadbir negara.Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa sejahat-jahat orang Islam memerintah, mereka tidak akan sekejam orang bukan Islam, berpotensi menyemai prasangka dan permusuhan dalam masyarakat majmuk."Presiden Pas wajar sedar bahawa keadilan dan kezaliman tidak pernah ditentukan berdasarkan agama atau bangsa seseorang."Sejarah dunia membuktikan bahawa kezaliman boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang agama, kaum mahupun keturunan."Begitu juga, nilai keadilan, integriti, amanah dan kemanusiaan bukanlah hak eksklusif mana-mana kelompok agama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Nor Miswary yang juga Setiausaha Sulit kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata, dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, kepimpinan tidak boleh dinilai berdasarkan sentimen agama semata-mata."Pemimpin yang zalim tetap zalim, pemimpin yang korup tetap korup dan pemimpin yang gagal tetap perlu dipertanggungjawabkan tanpa mengira agama atau parti politik yang diwakilinya," katanya.Sebelum ini, Abdul Hadi ketika berucap pada pentas Grand Finale BN dan PN di Melaka menegaskan bahawa perkiraan politik dalam Islam berlandaskan faktor dosa dan pahala, berbanding orang bukan Islam yang didakwanya zalim.Beliau mendakwa, kegagalan umat Islam keluar mengundi boleh menyebabkan pihak lain menjadi pemerintah dan bertindak mengikut perkiraan mereka sendiri, sekali gus mengabaikan amanah yang diwajibkan ALLAH SWT.Dalam pada itu, Nor Miswary berkata, rakyat seharusnya diberikan ruang untuk membuat pilihan berdasarkan fakta, dasar dan kemampuan calon menawarkan masa depan yang lebih baik."Jangan sampai perbezaan agama dijadikan senjata politik untuk menakut-nakutkan rakyat atau membina persepsi bahawa hanya kelompok tertentu layak memerintah."Malaysia dibina atas asas persefahaman, kepelbagaian dan semangat kebersamaan. Kita memerlukan pemimpin yang menyatukan rakyat, bukannya pemimpin yang terus memperdalam jurang perbezaan," katanya.Beliau berkata, ukuran sebenar seseorang pemimpin bukanlah pada agama yang dianutinya semata-mata, tetapi pada keadilan yang ditegakkan, amanah yang dilaksanakan dan kesejahteraan yang diberikan kepada rakyat."Islam tidak memerlukan politik kebencian untuk membuktikan keagungannya. Sebaliknya, keindahan Islam terserlah melalui keadilan, akhlak dan keupayaannya membawa rahmat kepada seluruh manusia."Sudah tiba masanya politik negara beralih daripada mengeksploitasi sentimen agama kepada politik nilai, integriti dan khidmat kepada rakyat," katanya.
Keadilan bukan ditentukan agama pemimpin – Nor Miswary

Key takeaways
Nor Miswary Ramli mengkritik kenyataan Abdul Hadi Awang yang mendakwa pemimpin bukan Islam lebih zalim, dengan menegaskan keadilan pemimpin perlu dinilai berdasarkan integriti dan keupayaan, bukan agama atau bangsa.
- Nor Miswary berkata kezaliman boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang agama atau kaum.
- Kritik ini susulan ucapan Abdul Hadi Awang di Melaka yang membandingkan dosa dan pahala dalam politik Islam.
- Nor Miswary menekankan pemimpin zalim atau korup perlu dipertanggungjawabkan tanpa mengira parti politik yang diwakilinya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Keadilan bukan ditentukan agama pemimpin – Nor Miswary (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)