POLITIK Malaysia sedang memperlihatkan satu persoalan melangkaui pertelingkahan antara beberapa pemimpin sejauh mana sebuah kerajaan boleh berfungsi apabila parti membentuknya semakin kerap mencabar satu sama lain secara terbuka.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan pentadbiran dan Parlimen mempunyai sokongan mencukupi. Namun, kestabilan yang lahir daripada kerjasama politik tidak semestinya menjamin kesepakatan dalam membuat keputusan.

Perbezaan pandangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin UMNO dan DAP semakin terserlah. Anwar berhadapan tekanan daripada rakan dalam kerajaan sendiri, khususnya UMNO, berhubung hala tuju pentadbiran.