KUALA LUMPUR: Daripada seorang calon artis kanak-kanak berusia 10 tahun kepada penyanyi yang kembali menembusi kelompok Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), perjalanan seni Shila Amzah membuktikan namanya masih mempunyai tempat dalam industri hiburan tanah air.
Selepas lebih dua dekad mewarnai pentas anugerah berprestij itu, Shila sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya melangkah ke senarai Top 10 kategori Penyanyi Wanita Popular bagi ABPBH ke-38.
Mula dicalonkan menerusi kategori Artis Kanak-Kanak Popular pada ABPBH edisi ke-14, kira-kira 26 tahun lalu, rezeki bagaimanapun belum berpihak kepadanya apabila kemenangan menjadi milik kumpulan Kristal.
Shila terus tersenarai sebagai calon bagi beberapa edisi berikutnya sebelum meraih kemenangan pertama pada ABPBH 25 (2011) menerusi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular hasil penglibatannya dalam projek album 3 Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2Fe9dd81ab22a4a1794549b6b150b2fd09.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
