SINGAPURA: Alice Huang, individu yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengintipan China dalam skandal cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia, dilarang memasuki semula Singapura pada Februari lalu selepas memberikan maklumat tidak tepat ketika siasatan terhadap syarikat Megaspeed.

Singapura mengeluarkan amaran keras dan melarang bekas eksekutif kanan Megaspeed International Pte Ltd itu daripada memasuki semula negara itu susulan siasatan polis, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Dalam kenyataan semalam, MHA memaklumkan bahawa Alice Huang, penduduk Hong Kong, disiasat Pasukan Polis Singapura (SPF) kerana disyaki terbabit dalam kemungkinan kesalahan di Singapura, memandangkan kedudukannya ketika itu sebagai ketua pegawai eksekutif, pengerusi dan seorang daripada individu utama yang mengawal Megaspeed.