Ab Rauf Yusoh ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd di Ayer Keroh.MELAKA TENGAH: Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh mengakui kempen PRN selama dua minggu kali ini bukan mudah, namun lebih lancar berbanding pilihan raya terdahulu susulan persefahaman kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Calon BN DUN Tanjung Bidara berkata, beliau bagaimanapun tidak mengambil ringan sumbangan semua pihak yang membantunya mendapatkan kepercayaan rakyat sepanjang tempoh berkempen.
Katanya, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian dan menentukan pilihan masing-masing menerusi kertas undi esok.
“Saya melihat kempen dua minggu ini tidak mudah, tetapi tidaklah sesukar dahulu. Namun, kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang bersama-sama membantu mendapatkan keyakinan rakyat.









