Jakarta: Polis Indonesia berkata pihaknya mempunyai bukti awal mencukupi untuk meneruskan pertuduhan pengkhianatan terhadap empat suspek dalam kes intipan komunikasi telefon Presiden Prabowo Subianto.
Perkembangan itu dimaklumkan pada Khamis ketika beberapa Ahli Parlimen menggesa polis mengenal pasti pihak yang mengarahkan dan membiayai operasi intipan berkenaan.
Bekas Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo, yang tiada pertalian keluarga dengan presiden, bersama tiga pegawai kanan polis lain ditahan minggu lalu berhubung dakwaan pemantauan tanpa kebenaran terhadap telefon milik Prabowo, pegawai kerajaan, aktivis dan wartawan.
Kes itu mendedahkan ketegangan politik antara Prabowo dengan bekas Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, susulan Listyo yang dilihat sebagai antara pembantu rapat Jokowi.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011261_233320.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)