Kuala Lumpur : Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, tampil memohon maaf susulan responnya yang didakwa tidak sensitif ketika membaca komen netizen mengenai individu yang meninggal dunia ketika menunggu bayaran gaji dari suaminya, usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Threads, Dr Fie mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai banyak kekurangan.

"Maaf sekiranya saya terlepas pandang dengan tingkah laku saya. Saya bukan manusia sempurna. Saya juga ada kekurangan, kesilapan dan sisi kehidupan yang mungkin orang tak pernah tahu.

"Di sebalik nama yang sedang dibicarakan, ada manusia yang punya hati, keluarga dan maruah untuk dijaga.