Kota Bharu: Pasukan Polis Marin berdepan cabaran besar dalam membanteras penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Kelantan berikutan terdapat banyak laluan mudah diakses yang sebahagiannya berada di luar jangkauan aset penguatkuasaan pasukan itu.

Komander Polis Marin Wilayah Tiga Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal berkata, banyak laluan yang digunakan penyeludup tidak dapat diakses oleh bot Polis Marin, terutama yang beroperasi di kawasan sungai cetek.

Beliau berkata, kehadiran pemberi maklumat atau 'tonto' di sepanjang sungai dan di darat yang memantau pergerakan anggota penguat kuasa sepanjang masa turut menjadi cabaran besar dalam operasi.

"Selepas tinjauan saya di sempadan, saya mendapati kekangan utama yang kita hadapi adalah terlalu banyak laluan yang boleh digunakan penyeludup untuk membawa masuk PATI.