New Delhi: Seorang lelaki maut selepas bom buatan sendiri yang dibuat menjadi manisan tradisional India meletup di dalam mulutnya, menurut polis, pada Jumaat.
Peranti berbahaya itu lazimnya digunakan sesetengah komuniti luar bandar untuk membunuh babi hutan dengan memasukkan serbuk letupan ke dalam bebola doh.
Bagaimanapun, bentuknya menyerupai rasgulla, sejenis manisan tradisional India berbentuk bulat, lembut dan direndam dalam sirap gula yang biasanya dimakan sebiji tanpa dipotong.
Mangsa, Rajendra Barautiya, 35, sedang berkumpul bersama beberapa penduduk berhampiran unggun api di daerah Dindori, negeri Madhya Pradesh, tengah India, pada Selasa lalu.






