Hang Tuah Jaya: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan terbaik pada hari pengundian esok.

Ab Rauf menyifatkan tempoh kempen selama dua minggu sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh kesungguhan.

Beliau berkata, meskipun kempen kali ini tidak begitu sukar berbanding sebelumnya, BN tidak mengambil mudah usaha mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat.

"Saya melihat bahawa kempen dua minggu ini tidak mudah dan tak payah. Tidak sepayah dulu, tapi kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh pihak yang bersama-sama untuk mendapat keyakinan rakyat.