Kuala Lumpur: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengemukakan empat kes program pelaburan yang disyaki beroperasi tanpa kebenaran atau lesen sah kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Laporan itu bertujuan menggesa BNM menyiasat mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya hadir ke BNM bagi mengemukakan aduan membabitkan program pelaburan yang didakwa menawarkan peluang pelaburan kepada orang awam tanpa kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
Beliau berkata, ia susulan kebimbangan pelabur yang mendakwa mengalami kerugian selepas menyertai program pelaburan berkenaan, selain mengesyaki syarikat itu tidak mempunyai lesen untuk menerima wang daripada orang awam.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011261_233320.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)