KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan Taiwan tidak terjejas hanya kerana kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China.
Perdana Menteri menegaskan, Malaysia masih menerima pelabur dari Taiwan, malah perdagangan di antara kedua-dua pihak meningkat ketara tahun ini.
"Apakah (hubungan) terjejas? Setakat ini, tidak. Sehingga tahun ini, import dan eksport melonjak sangat tinggi.
"Dari Januari hingga September 2026, eksport kita ke Taiwan RM116.58 bilion, manakala import RM137.67 bilion.








