MELAKA: Perjanjian politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) boleh terbatal sekiranya syarat serta garis merah yang dipersetujui tidak lagi dihormati, sekali gus membuka ruang untuk mandat dikembalikan kepada rakyat.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perjanjian itu menggariskan beberapa parameter penting yang perlu dipatuhi semua pihak.
Perjanjian berkenaan menjadi asas kepada pembentukan kerajaan yang diwujudkan bersama atas titah Yang di-Pertuan Agong.
"Saya nak cakap beginilah, saya nak memperingatkan kepada pimpinan DAP kembali kepada perjanjian.









